Dah confirmed. yeaaaaaa….

Syukur alhamdulillah, pada Isnin 14 December 2009, aku berjaya dalam proses confirmation candidacy aku. Puhh lega memang lega segala macam punya lega. The confirmation process should be earlier but due to exploratory data which is still being collected, it was a bit delayed. I was delayed for about 2 and 1/2 month. Ia juga berpunca daripada timing yang tidak sesuai drp panel penilai.

Tapi dah settle alhamdulillah. Aku ada bernazar dalam detik2 mencemaskan bila panel dan supervisors bersidang selepas aku present dan ‘viva’ supaya nak kasi AUD50 ~ RM150 kepada persatuan anak yatim atau sebagainya. Aku rasa baik di Malaya sebab ianya lebih besar nilainya di Malaya, dan aku nak menolong orang susah Malaya. Kat sini Aussie dah cukup di tolong oleh gomen depa.

Aku nak ucap terima kasih juga pada isteri tercinta, Ratna( lagu Ratna ku di background…jiwang ni heheh) yang banyak membantu berkenaan isu PhD ni. Sememangnya beliau seorang researcher yang hebat. Banyak skill2 research yang beliau miliki membuatkan proses PhD berjalan lancar atau melicinkan perjalanan PhD ku ini.

Juga tak lupa supervisors yang begitu komited. Colin & Bruce. Aku kagum dgn komitmen mereka. Kawan aku kata kalau depa dapat settle kan PhD student mereka dpt ganjaran drp uni. Aku tak tau berapa tapi aku sgt berpuas hati dgn supervision mereka. Mereka terlebih perfectionist sometimes tapi aku teringat Dekan lama aku Prof Razali Muhammad yang begitu perfectionist juga. Maybe PhD membuat manusia jadi perfectionist begitu.

Juga pada kawan2 aku di FKP yang membantu dalam menyebar maklum kan survey kepada industry dan dalam membuat exploratory test ke atas students. Antara mereka ialah Nizam (2kelas) Aida (2kelas), Sivarao, Zol Marjom( my design buddy), Shukor, and Rohana( students nya tak dapat buat pula..it’s OK) Juga pada Masni yang membantu menanda dan mengumpul exploratory test. FKP memang fakulti yag best. I always love my friends in FKP. Wonderful excellent people.

Selepas ini main PhD treatment menanti. Ianya pasti mencabar namun aku bersedia dan yakin aku mampu menyelesaikannya. Dengan izin Allah jua. Semoga berjaya di akhirnya. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Great Double Decker Caravan

NGV Community Forum - to save on petrol

The awesome Bugatti Veyron.