Aussie dari kacamata ku..

Baru2 ni aku nak reply kat mailing list satu kawanan melayu di tempat aku tinggal, tapi aku malas nak berpolemik dan cerita banyak jadi aku nak luahkan kat blog aku cukup lah.
Brader sorang ni macam suka bebeno duduk kat aussie ni, mungkin pengalaman dia indah manisssss belaka. Mat salleh yang dia jumpa agaknya takde yang biadap, yang berkasar, dan just being an ass kat dia. So dia happy dan suka la sangat. Anyway kalau dia happy bagus la... kita semua nak happy betul tak. Tapi aku tak berapa la happy sangat so aku nak balas tapi aku letak aje la dalam draf email aku. malas nak panjang cerita. Kat bawah ni la draf aku..

********************
Masing2 ada pengalaman masing2. Bila sharing cerita dengan kawan2 melalui lisan atau email ini maka dapat la kita dengar cerita tersebut tetapi selalunya melalui pengalaman masing2 jua.

Saya perhatikan drp email2 sebelum ini anda sungguh gembira di sini, ada cadangan nak jadi PR ke? Bagus lah kalau gembira, semoga terus gembira.

Saya pula mengalami beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan dengan beberapa warga aussie di sini. Ini mungkin comparative dengan pengalaman saya belajar di tempat lain. Saya high school & undergrad di Canada, total 5 tahun. Secara persepsi(anecdotal) saya sendiri, Aussie ni hampeh, kurang best, kurang mesra berbanding bangsa omputih di Canada sana. Tambahan dengan rumah lama yang tiada proper insulation, sejuk dan mahal pula kos letrik, dan air. semuanya membuat saya kurang selesa dan kurang seronok. Tambahan pula dengan perubahan cuaca mendadak yang semberono dan ikut dan...

Isteri saya juga lulusan undergrad dari north america, tapi beliau di US. beliau juga mendapati aussie ni hampeh dan two thumbs down la senang cerita.

Ada kawan saya datang dari Sydney, dia kata Aussie di Sydney best, dia seronok di sana. Manakala Aussie di   Melbourne memang kurang asam.

Ada kawan yang lepas belajar d US, terus kerja di sana, dan baru2 ni kerja di Tasmania. Jumpa masa majlis raya di sekolah belle vue tu. dia kata Aussie di Tassie memang hampeh, eksen, macam bagus.

Ada kawan saya dulu buat Master di UK, dia kata Aussie ni ok la juga, UK punya makhluk kekadang lagi racist lagi hampeh.

************
email draf aku sampai sini je, pastu aku add ini sikit lah, goreng kasi sedap ahahahah
************
Ada kawan saya, di ni tua sikit lah...anak dia dah sekolah menengah. Dia kata org lebanon yang dah 3rd generation kat sini ramai yang nak tukar agama bila 18 tahun nanti. Kata mereka, I hate Ramadhan, susah la nak prektis Islam. Pastu yang jinis kelar2 tangan pun bersepah sini. Kat aussie ni majalah separa bogel bersepah, porno pun org tak heran sgt dah. kat pasar raya coles boleh beli majalah separa lucah ni.

Pastu suka betul minum pastu jadi ganas. Ada ke kempen, " we don;t say don't drink, just think". Oii mangkuk, kalau dah drink mana lah kau boleh think. Kat victoria ni bersepah org jadi ganas, pukul orang gila2 tak ingat punya, siap stab2 sampai bunuh2 terus pun  banyak kes.


Anyway sebab aku tulis kat blog aku sendiri, maka aku rasa boleh la luah keras sikut. Kalau kat email tu kan kena berjag abahasa dsb. Anyway. tu lah sikit2 aku punya luahan. seronok gak tulis2 ni kan, release tension aku sikit. nanti aku update aku punya Phd lah pulak. Tapi agak2 nya hasil blog ni akan menghantui aku tak nanti. Arghh pirahhhh mabuk, aku nak tulis aku punya suka la.. Tun pun kata dia tulis apa yang benar, so this is what I think...

ok lah nanti2 aku cerita lagi...



Comments

Popular posts from this blog

Great Double Decker Caravan

NGV Community Forum - to save on petrol

The awesome Bugatti Veyron.