Duduk lama boleh bawa maut

X Boleh duduk lama2 la. lunch kena berjalan keluar. lab tutorial kena jalan jangan naik keta.





Darah pekerja habiskan masa berjam-jam hadap komputer mungkin jadi beku



WELLINGTON:
Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja
masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata
penyelidik.












Institut Penyelidikan Perubatan di New
Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku
yang boleh membawa maut.



Penyelidik mendapat satu pertiga
daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis
pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat
yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.



Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.



DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.



Pembekuan
boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada,
sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin
ahmar.



Keadaan itu juga digelar sebagai ‘sindrom kelas ekonomi’
kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang
untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah
itu.



Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang
dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34
peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.



Sebagai
perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh.
Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja
mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak
jauh.



Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata
sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan
skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.



“Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung,” katanya.



Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.



Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.



Katanya,
orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya
tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya
cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.



“Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan,” katanya.



DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.– Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Great Double Decker Caravan

NGV Community Forum - to save on petrol

Hmm..another point for evolutionism vs creationism