Macam ni la parti politik, tolong rakyat, jgn asik berpolitik aje.

Nampak ni rasa lega dan happy.

20,000 peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya Pemuda BN

In case dah tak dpt saya letak text nya di sini.

 

20,000 peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya Pemuda BN

KUALA LUMPUR 11 Mac - Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 Mac ini bakal menawarkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan melibatkan penyertaan lebih 600 syarikat korporat dan agensi kerajaan.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, karnival yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama program berkenaan.

Menurut beliau, antara syarikat yang telah mengesahkan penyertaan termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, Proton, Westport, Iskandar Malaysia, Mydin Holdings, Celcom, Tune Talk, Tabung Haji dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, selain itu, pihaknya turut menganjurkan kaunseling kerjaya, ceramah kerjaya, klinik resume dan juga seminar mengenai persiapan temuduga yang mana peluang ini turut boleh direbut penuntut institut pengajian tinggi (IPT) sebagai persiapan memasuki pasaran kerja.

''Oleh itu, kita jangkakan 300,000 akan membanjiri karnival ini yang terbuka kepada semua golongan sama ada mereka yang baru mencari kerja atau yang mahu meningkatkan kerjaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Khairy, peluang pekerjaan yang ditawarkan di karnival ini meliputi semua bidang termasuk teknikal, perkhidmatan mahupun pengurusan dengan ada yang memerlukan kelayakan peringkat persekolahan sehinggalah ijazah.

Selain itu, menurut beliau, turut ditawarkan ialah pekerjaan separuh masa yang antaranya boleh dimanfaatkan oleh penuntut IPT.

''Justeru, kita seru orang ramai tanpa mengira umur hadir ke karnival ini dan bagi yang tinggal di luar Lembah Klang, mereka boleh mendaftar menerusi www.bnyouthjobfair.com atau Jabatan Tenaga Kerja yang kemudian akan dipadankan dengan peluang kerja yang ditawarkan pada karnival ini,'' jelasnya.

Tambah beliau, mereka yang berminat juga diminta membuat pendaftaran awal menerusi laman berkenaan bagi membolehkan sesi temuduga diaturkan pada penganjuran karnival berkenaan di samping temuduga secara walk-in.

Ditanya mengenai pendekatan Pemuda BN yang dilihat berbeza dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini, Khairy berkata, usaha ini adalah untuk mendampingi masyarakat agar BN tidak hanya menjadi sebuah entiti politik semata-mata.

Katanya, lagipun pengangguran dan kerjaya merupakan isu yang diberi perhatian oleh 66 peratus golongan muda seperti mana kajian Makmal Pemuda BN baru-baru ini.

''Namun, ini bukan bermakna karnival tersebut bertujuan politik, tidak. Ia cuma dianjurkan Pemuda BN tetapi matlamatnya untuk membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan kerjaya mereka demi kehidupan yang lebih baik.

''Sebagai penganjur, ini yang kita lakukan dengan berusaha membawa sebanyak mungkin pihak majikan dari sektor awam dan swasta termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) kerana kita percaya peluang bagi meningkatkan kerjaya cukup luas,'' ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai karnival ini boleh diperolehi dengan melayariwww.bnyouthjobfair.com atau menghubungi urus setia di talian 03-20355777.

Comments

Popular posts from this blog

Great Double Decker Caravan

Hmm..another point for evolutionism vs creationism

If people in Malaysia can be more critical in their analysis of events or politics.