Pelajar belajar sambil lewa - hendak tak hendak

A'kum & good day all,
Jika sebelum ni keluar dlm KOSMO yg segelintir pensyarah FKP ada yang mengajar sambil lewa, mungkin tajuk email ini adalah antara penyebabnya.
Tapi instead of sms ke Kosmo saya nak email ke fkp_kp dulu tgk respons kawan2.( aku belum email lagi..letak dlm blog dulu)

Saya masuk kelas, masa kuliah, cuba rapport dgn diorg, diorg ok. Semua suka bila cerita ttg perkara umum, ttg perjalanan kuliah etc, semua participate. Tapi bila kuliah, ramai yang seems disinterested, nak cepat balik, tiada kesungguhan untuk memahami ilmu yang sedang di ajar.
Bila kuliah dah agak lama sebilangan drp mereka mula bercakap. Saya tahu yg manusia akan penat/tak concentrate selepas 30 minit...jadi saya bagi take 5 utk refresh. Bila sambung balik still sebahagian pelajar bercakap di blkg, bergurau. Mengganggu syarahan saya ni. Saya dah upset, saya kata, kalau nak bercakap sila keluar. U can talk, but outside please. I tried to be civilised even though these pupils seems like morons who is uncivilised, disrespectful to the lecturers. Bila dah cakap begitu baru la sonyap..boleh la continue.

Saya ingat budaya ni pun sama shj dgn pelajar post grad di KUTKM. Bila External Examiner Prof Zahari Taha bagi speech tempohari pun, ada ramai yang buat bising kat belakang, tak dpt nak fokus pada speech dia.

Kemudian bila di tutorial, sebahagian pelajar takde effort sungguh2 utk mencuba menjawap soalan tutorial. Sebahagian lagi bersungguh2, membuat soalan, berkomunikasi. Sebahagian yang lain just dtg utk attendance. Tak buat apa2 effort, duduk relaxing memeluk tubuh, bergurau2. Bila saya tanya, baru nak cari calculator. nota kuliah mana? takde..tak bawak.. hmmm...susah la macam ni.

Ada yang bila di tanya jawap janji jawap sahaja, hentam keromo, suka buat lawak. I can tolerate it.. somewhat... but to some extent it displays lack of commitment on their part to study hard, to work hard for diploma yang mereka akan dapat.

Dalam hati saya berkata...kalau ada industri di luar nak student saya ni, saya pun tak berani nak promote. Sbb attitude mereka macam ni. Tak sungguh2, hmmm...well sebahagian atau segelintir la..but itu mungkin PENYEBAB kepada pensyarah pun malas nak mengajar sungguh2 pada mereka2 ni. How can you passionately teach someone or a part of a group that behaves like this. There's no passion in searching for knowledge. They come unprepared...maybe just come...enjoy the ride...get the min qualification to get the diploma, graduate & find a job.

Hmm... How can I improve this situation?

Comments

Popular posts from this blog

Great Double Decker Caravan

The awesome Bugatti Veyron.

NGV Community Forum - to save on petrol