FAKTOR OBESITI

Tq Hambali for forwarding this.
Zaman dulu2 mmg org gemuk bagus. Gemuk maksudnya cukup makan=kaya. Kalau kurus tak cukup makan = miskin. La ni makanan dah kira murah la so makan byk je gemuk. KAlau gemuk maksudnya tak mampu kawal selera makan. Kalau kurus pulak mampu kawal selera atau mampu beli ubat kurus. mahal tu

Tau tak di dunia ketiga org tak cukup USD 60 billion sbb tak cukup makan manakala di dunia pertama org spend USD 60 billion beli ubat kurus. Hmmmm...

Aku pulak,,,aku rasa kerja duduk je..pastu kurang bersukan..pastu seronok makan...mungkin jugak sel HMV aku rosak hehe...kena cek tu..
aku paling ringan in my adult life adalah seberat 75KG, dalam skala BMI still dah overweight tu...But I remember how energetic I was. Masa tu asyik kena jalan je kehulu kehilir sbb tgh study kan. Naik basikal...gi gym naik stationery bike & stair master. Suka gi sym sbb tgk omputih seksi. Org cina & hindustan pun ramai semua sexy2 belaka...hehe...

ok tu dulu..


**********************


GENETIK
Kegemukan boleh diwarisi dari generasi yang sebelumnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika
kita melihat pasangan ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk.


KEROSAKAN PADA SATU BAHAGIAN OTAK
Seseorang itu tidak dapat mengawal nafsu makannya apabila sel hipotalamus ventromedial
(HVM) dalam otaknya rosak. HVM ini berfungsi untuk memberi isyarat kenyang kepada otak.


POLA MAKAN BERLEBIHAN
Mereka yang gemuk lebih responsif terhadap isyarat lapar eksternal (rasa dan bau
makanan). Oleh itu, mereka akan makan apabila berasa ingin makan, bukan hanya apabila
lapar.


KURANG BERSUKAN
Aktiviti bersukan dapat membakar kalori. Mereka yang tidak mengawal pemakanan dan
kurang bersenam cenderung mengalami kegemukan.

PENGARUH EMOSI
Ada pandangan menyatakan, obesiti boleh berpunca daripada masalah emosi yang tidak
dapat diatasi. Makan dianggap sebagai pengganti kepuasan yang tidak dapat dicapai
dalam kehidupan mereka.


PERSEKITARAN
Jika seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang menganggap gemuk itu
elok dan cantik, mereka akn cenderung menjadi gemuk.

Comments

Popular posts from this blog

Great Double Decker Caravan

The awesome Bugatti Veyron.

Hmm..another point for evolutionism vs creationism